Pages

Ads 468x60px

Wednesday, December 29, 2010

::s.h.i.s.h.a::

Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?

Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:


يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

Dan firmannya lagi:

ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)

Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)

Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.

Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan..

(credit to: "304 MoSt WaNteD cReWs" )

Tuesday, December 28, 2010

10 Orang Pertama Yang Mendaftar Di Facebook


Facebook sudah menjadi fenomena di dunia pada abad ini...Semua benda menggunakan facebook.Artis,produk kecantikan,dan kebanyakan artis lah..Malah ada blogger yang buat fans page untuk blog mereka..hoho..Tapi tahukan anda bahawa siapakan orang yang terawal yang mendaftar facebook nih.

Mereka lah antara 10 orang terawal yang mendaftar di rangkaian facebook..

Merupakan founder Facebook yang petama daftar website nih.mestilah dia kan..Dengan nombor id 4


2. Chris Hughes
Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook yang merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di University Harvard.Selain menjadi co-founder facebook,Chris Hughes menjadi popular setelah dia membuat website untuk Obama iaitu my.barrackobama.com yang dikatakan menjadi penyumbang besar sehingga Obama menjadi presiden kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat..Nombor idnya ialah 5.

3.Dustin Moskovitz

Dustin Moskovitz adalah Co-Founder Facebook dan merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa belajar di University Harvard.Moskovitz memiliki saham Facebook sebanyak 6% yang membuat kekayaannya dianggarkan mencapai 1.4 million US$.Forbes menyatakan dia merupakan millionanre termuda di dunia..Nombor idnya ialah 5.

4. Arie Hasit

Arie Hasit merupakan kawan baik Mark Zuckerberg,ini kerana mereka berdua sering lepak bersama-sama sewaktu belajar di University Harvard.Mereka berdua juga merupakan Jewish/Yahudi.Sekarang dia bekerja sebagai juru bicara angkatan bersenjata Israel..Nombor idnya ialah 7.

5. Marcel Georgés Laverdet II

Sikit jer maklumat mengenai mamat nie.Dia bekerja di Facebook..Nombor idnya ialah 10.

6. Soleio

Soleio merupakan pegawai teknik Facebook.Di page Facebook nya,dia menyatakan ianya berhubungan dengan teknikal Facebook..Nombor idnya ialah 11.

7. Chris Putnam

Chris Putnam merupakan salah seorang software engineer Facebook.tu jer..Nombor idnya ialah 13. beliau pencipta emoticon facebook dan mempunyai emoticon wajahnya sendiri. cuba anda taip perkataan>> :putnam: di ruangan chat di fb anda.

8. Andrew McCollum

Andrew McCollum ialah kawan sekelas dengan Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus menjadi design grafik pertama Facebook.Dialah yang merancang logo facebook untuk pertama kalinya..Nombor idnya ialah 26.

9. Colin Kelly

Merupakan pelajar Universiti Harvard dan berkemungkinan besar ialah teman sekelas Mark Zuckerberg.Kebanyakan pemilik-pemilik id-id yang kecil ialah pelajar Universiti Harvard kerana memang pada awalnya,Facebook dikembangkan untuk kepentingan pelajar dan mahasiswa Harvard. Nombor idnya ialah 27.

10. Mark Kaganovich

Mark Kaganovich ialah pelajar Harvard dalam bidang sains komputer.Dia merupakan founder dari labmeeting,iaitu sejenis social network seperti Facebook,tetapi dikhususkan oleh para ilmuan sahaja..Nombor idnya ialah 28.

Nota Kaki: Anda yang ke berapa mendaftar di Facebook..?? Hoho check cepat kat ID tuh..Mesti yang ke beratus-ratus juta..Kan² d[^_^]b

Nak Check Id..?? Jom tengok ni..

Tgk kat URL ats tu.. nampk tak no selepas id= tuh..
tuh la id anda

Tapi kalau korang dh tukar username, dia akan naik camni..
xnampk dah la no id tuh..




(just wanna share some information that I've read.)

Tuesday, November 23, 2010

~hati2 beri salam~

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"???????? apa maksudnya???


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain

Pagi semalam saya dengar radio ikim (89.0 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Wednesday, November 17, 2010

~Kullu 'Am Wa Antum bi Alfin Khoir~



















Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~

Al-kisah sirah asal usul Aidiladha:

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
...
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101
hingga ayat 111

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
1431Hijriah

~maaf zahir batin~

(^^)


Tuesday, November 16, 2010

SENARAI RESTORAN DAN KEDAI YANG DISAHKAN HALAL DAN YANG TELAH DITARIK BALIK PENGESAHAN HALAL..


SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

by Idrus Hashim on Monday, 04 October 2010 at 23:29
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.
Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal.

Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ),
La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM ,
Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean & Starbukcs telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.


Sunday, November 14, 2010

Kenapa EKK????!!!




a)kenapa bila kita yang x merokok, datang kat orang yang merokok kita maki belakang2 bau busuklah, ape lah tp x berani nak bersuara???

jawapan baek:
-sebab korang nie ade perasaan hormat menghormati antara 1 sama laen.. dorang x sentuh korang.. korang x sentuh lah dorg... tp jiwe kacau...
jawapan jahat:
-sah2 lah korang nie takut kene bantai... ape gler ape... mau dorg amik rokok cucuh kat kulit korang x pasal2 ke berparut2... kang org pkir kudis lah kurap lah... so dri jd mcm tu baek korang tahan jelah kan daripada luahkan perasaan yang gundah gulana tu..


b
)kenapa bila kita dah tau kita ade byak keje assgment, tp kita x wat awal??

jawapan baek:

-sebab korang x suke wat keje tu sikit2.. klo nak wat keje tu start je mksure bhan smua dah ade tggu nak stelkan je dalam 1 masa...
jawapan jahat:
-sebab korang nie pemalas arr.. suke sangat wat keje last2 minit... bler x tau nak wat.. terhegeh2 cri mmber yang dah wat... salin.. x saling copy paste je... just tuka2 ayat tp mksd yang same...

c)kenapa bila kite kelua je mesti nak pakai smart2 or lawa2?? tp biler kite duk umah, pakai baju koyak pown x de hal arr.. kdg2 smpai dah terlondeh2 pown still pakai?? sebab..

jawapan baek:
-korang tau bahawa kekemasan adalah penting untuk menberi pandangan seseorg terhadap kita, apabila dorg pndang elok pada kita.. keingginan tuk bergaul adalah lebih terbuka
jawapan jahat:
-korang kan hipokrit.. klo kat umah x mandi pown x pe.. tp bler klua... tau2 bau pofeum... x cukup tu.. pakaian nak yang bru beli, berjenama.. yelah bru lah style beb.. ape kes p kelua pkai jenama "CHERATING" "LANGKAWI" igat p santai ape??
d)kenapa bila beli je barang.. kita mesti nak minta murah?? padahal dalam dompet duit berkepuk tp niat nak dpt murah tetap nak gak??

jawapan baek:

-sebab dorang x suke amalan setan iaitu membazir-bazir... so dengan mendapatkan harga yang murah.. dengan harapan yang melonjak tggi.. kehendak untuk mendapatkan barang tersebut tetap diigini
jawapan jahat:
-sebab korang nie kedekut.. klo dpan awek bukan maen byr je x mnta kurang2.. klo sorg2 bukan ngan awek je.. koranglah raja muke seposen..harge barang rm100 boleh2 mnta harge paling jatuh rm50?? giler ape.. org bisnes pown bankrup daaa..

e)kenapa bila awek@pakwe msge je.. jangankan 1 mnit... 10 saat pown dah berbalas.. tp bile kawan msge je... 15 mnit lah... ade lg truk.. x ksi pape respon pown..

jawapan baek:
-takut berborak bnde2 yang lagha.. kang mmber2 bukan nyer leh cyer sangat... topik bukan2 gak lah dorg msge... then mencarut2... kan bazir tu....
jawapan jahat:
-klo dah name pown kedekut... kedekut gak lah... haha... x kan lah msge mmber 1sen pown x leh reply kot... tp jgn plak pkir mcm tu... ade org bkan mls nak rply ke ape.. just klo layan meleret2 plak kan... so ade baek nyer x lah semua jahat.

f)kenapa cikgu pompuan suke kaco dak laki... n cikgu laki suke kaco dak pompuan??

jawapan baek:
-sebab lumrah arr laki mesti cari pompuan.. n pompuan mesti cari lelaki... masing2 memerlukan antara 1 sama laen.. keingginan tuk bergurau mesti ade
jawapan jahat:
-ermmm GATAL! MIANG! tu word sesuai... hahah... x delah... ofcoz lah nak mcm tu... x kan lah nak laki kaco laki... pompuan kaco pompuan... mak aiii x de nikmat langsung bai.... mcm semacam pown ade kan.....

tp cuba korang pkir balik... kenapa setiap soalan mempunyai pelbagai jawapan?? sebab Allah telah mencipta manusia untuk berfikir dan membezekan mane yang baek dan mana yang buruk. klo semua manusia berfikiran same... x ke bosan??? x ke just itam putih kelabu je warna dunia nie??

-THE END-

Tuesday, November 9, 2010

~santai @ shah alam~




berada di kubu kuat UiTM utk 3 ari ni...
buat tour sendiri2.. bertemankan wan naim...
megat n icad pon ada jugak..
ke sana sini...
byk agenda..
wat2 mcm wakil rakyat.
hahaha...

the point is, smgt keUiTMan tu makin kukuh.
belajar belajar dan terus belajar
wlupun dah ujung sem.. huk3..

emm..
mgkn 1 ari nnti lepas tamat belajar aku akan berkhidmat sbg pensyarah kt uitm...
who knows?
oke lah.. nnti smbung cter lg...
mau pegi makan daaa~~

~adios~