Pages

Ads 468x60px

Wednesday, August 3, 2011

Rindu...

 kena play lagu ni baru layan... stop je radio tu...


Rindu,
saat pertama perkenalan kita
kau datang menghampiri ku
buat aku terharu melihat usaha kau mendekatiku
senyum dibibirmu bagaikan tersirat kemahuanmu
kau berusaha menghampiriku walau apa cara sekalipun
kuatnya cintamu, ketulusanmu terhadap diriku...





 Rindu,
bila mana kali pertama kita berdua
kau kucup pipiku
tanda kau benar-benar mahukan aku
kau katakan kucupan ini telah membuatkan kau bahagia
kau tersenyum sentiasa
sehingga kau tidur tak lena
aku gembira melihat kesungguhanmu

tak pernah ku jumpa, seseorang yg sangat kuat mendampingiku
aku terima kau tanpa paksa
aku tahu kau cintakanku
aku jua cinta padamu...





Rindu,
kau  ukirkan kata-kata setia
kau kata akulah yang pertama dan selamanya
aku genggam kata-katamu
sehingga kini dan selamanya
janji-janjimu dulu menjadikan aku seorang yg setia
menjadikan aku insan yang tak kenal erti derita
aku cuba mengampirimu jua
seperti kau yg cuba sedaya upaya mencuri hatiku
kini, hatiku terpenjara
dibawa arus aliran darahmu
aku terperangkap dalam jiwamu
membuatkan aku tidak mampu pergi darimu

Rindu
saat kita bersama, dunia bagaikan tiada siapa melainkan kita
seharian bersama tak pernah cukup bagi kita
ke mana saja kau mengajakku, aku membawamu
aku tak pernah jemu padamu
aku tahu adakalanya kau terasa seksa, cuba bosan bersamaku
tapi itulah aku, yang dahulu kau ingin-inginkan
yang dahulunya kau puja-puja
namun kini aku digenggamanmu,
mengapa tidak kau membelaiku seperti mahumu dulu



 
Rindu,
aku merindui dirimu
yang dahulu setia padaku
aku masih menunggumu 
walau beribu kali aku terluka
aku tahu aku bukanlah insan yg mampu menjanjikan istana permata
tapi inilah cara kita bahagia...

Sayang,
semoga kau tak lupa, pada sang setia ini...
aku sentiasa disismu
aku masih menyayangimu
aku tak mampu membenci mu
kerna aku cinta padamu..
bukan rupa darjat dan harta yang aku cari
tapi aku mencari dirimu insan sejati

 



Sayang,
sekiranya diriku ini tidak lagi bernyawa
aku pasti kau akan kesunyian
janganlah kau menantikan aku lagi
simpan saja kenangan kita di hatimu
kalungan cincin di jarimu itu, rasailah cintaku di situ...


Sayang,
jika kau temui yang lain
sudilah kau bersamanya
hanya ini saja yang ku pinta
kau jadilah sang setia yg menikmati cinta
genggamlah apa dihadapanmu
yg ada itu sudah harapanmu
janganlah kau mengharap yg lebih bahagia,
kerna kau tidak akan temui yang lebih indah
melainkan kau sendiri yg menjadikan segalanya indah...




"Chenta dan Kaseh takkan terpisah selamanya"
 ~ 3Aug11~
alifyamimaliflam